Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Friday

XPDC Gunung Brik, Bau

XPDC yang bertarikh 22-23 February 2014 ialah pendakian Gunung Brik di sempadan Indonesia -Malaysia.
Pada ketinggian cuma 476 meter sahaja tetapi mempunyai pemandangan yang sgt menarik. Perjalan ke kaki gunung brik mengambil masa selama 4 jam sahaja tetapi terpaksa mengharungi sungai Sarawak Kanan sebanyak 13 kali. Pemandangan sepanjang perjalanan dihiasi kebun2 orang kampung yg sangat cantik. Ada sawah padi, pokok2 buah dan singai yg jernih. 



Salah satu tarikan menarik sepanjang perjalan ke kaki gng Brik ialah air terjun Bungoh di bawah selian Taman Negara.
Puncak Gunung Brik - batu simen dlm gambar adalah penanda sempadan Indonesia-Malaysia
Anak sungai yang perlu diredah.


Dinner untuk malam ini adalah kambing panggang..Nyum nyummm...
Chef Azlina tgh memanggang...

Refresh Blog 2014

Maaf kepada followers dan semua yg mengikuti blog kami. selama 3 tahun blog kami x dapat diaktifkan atas masalah password tetapi baru hari ini saya berjaya menyelesaikan masalah ini dengan bantuan Google. Ikuti kami dalam pengembaraa KALK.

Wednesday

Jafaaruddin Baby Girl

Tanggal 09 November 2011, tahniah diucapkan kepada timbalan pengerusi KaLK iaitu En.Jafaaruddin Abdul Hamid kerana menimang cahaya mata ke-2 nya iaitu bayi perempuan. KaLK mengucapkan semoga bahagia di samping keluarga tersayang.

Assalamualaikum

Serian Raft Safari

29-30 Julai 2011

Kalk telah menghantar 2 kumpulan bagi menyertai Serian Raft Safari iaitu perlumbaan rakit di Batang Kayan Sadong Serian. Kayuhan sejauh 25 km itu memerlukan tenaga yang banyak memandangkan sungai agak cetek ketika ini. Kalk yang terdiri dari 2 kumpulan, 4 org setiap kumpulan bertolak seawal 7 pagi dari Kuching untuk menghadiri taklimat di Majlis Daerah Serian. Ahlil yang terlibat dalam perlumbaan adalah Jafaaruddin, Sudriman, Sunarthi, Safardi, Rizamri, Ahmad, Nagib, Noraida, Sulastri dan Fairuzz.

Taklimat di Majlis Daerah Serian

Persediaan untuk membawa rakit ke tempat permulaan perlumbaan.

Ahli Kalk bertungkus lumut menurunkan rakit ke sungai.

Suasana di Batang Kayan yang penuh dengan peserta perlumbaan Serian Raft Safari yang juga melibatkan pasukan dari luar negara.

Walaupun Kalk tidak mendapat apa-apa tempat semasa pertandingan ini tetapi ahli telah mendapat pengalaman pertama yang akan memberi panduan kepada ahli-ahli sekiranya menyertai pertandingan sebegini lagi. Raft Safari Padawan & Baleh Rakit Kapit akan berlangsung selepas Aidilfitri nanti. kemungkinan besar Kalk akan mengambil bahagian dan pengalaman ini akan menjadi panduan kepada Kalk. Semuga berjaya KaLK...

Camping, Fishing, Swimming & Hiking di Pulau Lakei

23-24 Julai 2011

Kalk telah mengadakan satu program santai bagi ahli-ahlinya di Pulau Lakei, Taman Negara Bako. Antara man event program itu adalah memancing. Ahli telah berkumpul di pangkalan kampung Bako seawal jam 8pagi. Dibawah adalah gambar perahu yang digunakan untuk ke pulau tersebut. Seramai 7 orang ahli Kalk yang menyertai program santai tersebut iaitu pengerusi En.Doni, Hafizan Madinil, Mohamad, Hailah, Sunarthi, Nagib & Sudriman.

Gelagat ahli Kalk di dalam perahu. Pejalanan mengambil masa satu jam sambil menikmati panorama indah sepanjang Taman Negara Bako.

Inilah pulau Lakei..terletak di Laut China Selatan
Tiba di pulau dalan jam 11 pagi dan terus memungah barang keperluan ke pantai. Kalk bermalam di tepi pantai berhampiran dengan HQ taman negara.

Dibawah adalah sebahagian daripada tangkapan Kalk.

Kalk terpaksa bermalam di HQ taman negara kerana hujan pada malam sebelumnya.

En.Doni bergambar kenangan di hadapan Makan Haji Ibrahim. Seorang tokoh agama yang dikenali dahulu. Makam ini terletak di bukit di Pulau Lakei.

Ahli Kalk berehat sebentar di Tanjung Pak Amit setelah penat mendaki ke lokasi tersebut. Antara lokasi menarik di pulau lakei, lokasi yang amat sesuai untuk melihat matahari terbenam.
Kepada mereka yang ingin menyertai program santai ke Lakei, kami mungkin akan mengadakan sekali lagi program sebegini pada bulan puasa dimana kita akan berbuka dan bersahor di pulau Lakei...Informasi akan diberitahu melalui FB Kalk dari masa kesemasa. Salam Ramadhan dan selamat berekreasi....

Friday

Caving bersama Kolej Multimedia Kuching

9 Julai 2011

Kolej Multimedia Kuching dengan kerjasama KaLK telah menganjurkan program Sehari di dalam Gua....Program melibatkan seramai 25 pelajar kolej Multimedia dan seramai 6 orang ahli Kalk telah berjaya mengharungi cabaran-cabaran yang dilalui selama 5 jam di dalam Gua Kapor yang terletak di Bau. Disini saya sertakan beberapa gambar untuk tatapan bersama.

Bergambar beramai-ramai setelah keluar dari perut gua.

Antara cabaran yang terpaksa dilalui peserta ialah berenang sejauh 5 meter kerana air mencapai lepas paras kepala.

Gelagat pelajar bersama ahli KaLK...letih tapi seronok.

Semasa didalam gua.

Terima kasih kepada pihak Kolej Multimedia yang sudi memberi kepercayaan kepada KaLK bagi membimbing mereka untuk menjayakan program ini. Sekiranya ada silap dan salah harap dimaafkan dan semoga berjumpa lagi.

Salam belia untuk semua...

Monday

Kursus Asas Mendaki Tembok 2011 & Pertandingan

18 & 19 Jun 2011


Satu program Kursus asas mendaki tembok 2011 telah diadakan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Aktiviti Lasak Kenyalang (KaLK). Satu pertandingan juga diadakan diakhir program dimana pertandingan adalah diantara peserta-peserta program. Program yang berlangsung selama 2 hari tersebut telah melahirkan tenaga muda pendaki tembok yang berpotensi membangunkan sukan yang kian naik di Sarawak. Berikut adalah sedikit coretan sepanjang progrm tersebut.



Sebahagian peserta yang mengambil bahagian seramai 29 orang dari serata Kuching.


Gelegat jurulatih-jurulatih yang bertugas sebagai pengadil ketika pertandingan berlangsung.




Antara aksi peserta lelaki yang bertanding di bahagian "Bacon Burger Wall".


Aksi peserta wanita yang bertanding di bahagian "Nama Bodoh Wall".


Barisan pemenang-pemenang kategori wanita dan lelaki bergambar bersama Pengerusi KaLK iaitu En.Doni Sahari.


Gambar beramai-ramai setelah selesai program.



Terima kasih KaLK ucapkan kepada pihak JBS Sarawak kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program ini dengan jayanya dan memberi peluang kepada belia-belia untuk mengetahui lebih mendalam sukan mendaki tembok ini. Akhir kata dari kami "Tiada Alasan Untuk Cergas & Sihat"

Salam 73


Tuesday

XPDC Gng.Tambuyokon Sabah (4 Jun-11 Jun 2011)

Pada 4 Jun hingga 11 Jun 2011, KaLK telah mengadakan satu xpdc pendakian Gng Tambuyokon, iaitu gng ke 3 tertinggi di Malaysia. Seramai 7 org ahli KaLK yang menyertai pendakian ini iaitu Doni Sahari, Jafaaruddin, Azlina Pon, Sunarthi Fitri, Hailah Belon, Mohd. Izwan dan Rizamri. Xpdc yang memakan masa selama 4hari 3 malam tersebut telah berjaya dilalui oleh kesemua ahli kalk. Disini saya coretkan sedikit sebanyak aktiviti sepanjang xpdc tersebut.



Hari Pertama

Ahli KaLK bermalam di Kota Kinabalu di Borneo Gaya Loudge yang terletak di jalan gaya. Hari Ke-2

Ahli KaLK membeli barang keperluan untuk bekalan semasa xpdc nanti. Selepas membeli barang keperluan, team terus bertolak ke Kundasang dan melapor diri di Taman negara Kinabalu. Team bermalam di Kampun Himbaan, Bundu Tuhan iaitu di rumah kenalan KaLK, Wani.

Diatas adalah gambar tuan pengerusi bersama salah seorang ahli keluarga Wani



Hari ke-3


Team KaLK mula bertolak pada jam 7 pagi menuju ke Ranau untuk membeli sedikit lagi brg keperluan. Tiba di sub station Monggis pada jam 10.30 pagi.


Bergambar sebelum bertolak ke Ranau.


Perjalanan ke sub station Monggis dari Ranau yang belum siap pembinaan jalan nya sejauh 30km.


Bersiap sedia untuk memulakan pendakian sejauh 14km yang mengambil masa 4hari 3 malam. Laluan yang mencabar dan ditemani pacat dan hujan. Pendakian bermula tepat pada jam 11 pagi.



Persinggahan pertama dan bermalam di KM 6 iaitu Kem Wuluk. Tiba pada jam 4.30 ptg dan dinasihati oleh malim supaya bermalam di sini.


Hari ke-4
Bersiap sedia meneruskan perjalan ke KM 10 iaitu Kem Musang. Perjalan bermula pada jam 10 pagi dan tiba di Kem Musang pada jam 5 ptg.


Tiba ni Kem Musang pada jam 5 ptg. Team mula mendirikan tempat untuk tidur dan bersiap untuk makan malam. Pendakian ke puncak akan bermula pada jam 1 pagi keesokan hari makan team perlu berehat awal pada petang itu.


Hari Ke-5
Pada pagi keesokannya pada jam 7 pagi, team sudah bersiap sedia untuk memulakan pendakian pada jam 8 pagi. Pendakian diiringi doa yang dibaca oleh Ustaz Jafaaruddin iaitu salah seorang team KaLK. Team tiba dengan selamat di puncak pada jam 11 pagi. Bergambar beramai-ramai di puncak sebagai kenangan.




Berehat sebentar sambil sarapan pagi dan menikmati pemandangan di puncak sebelum memulakan perjalanan turun ke Kem Musang untuk bermalam lagi sebelum turun balik ke sub station monggis keesokan hari nya.

Hari ke-6


Team memulakan perjalan turun balik ke Sub Station Monggis pada hari ke 6 jam 7 pagi. Perjalanan turun diiringi doa oleh ustaz Jafaaruddin.


Permandangan Gunung Tambuyokon yang berjaya di ambil di suatu tempat dimana gunung ini cuma kelihatan sebelum diselubungi kabus tebal.


Team selamat tiba di Sub Station Monggis pada jam 5 petang dan disambut oleh pegawai Taman-taman Sabah dan ahli keluarga Wani. Gambar diatas diambil sebelum bertolak balik ke Bundu Tuhan, Kundasang.


Terima kasih di ucapkan kepada pegawai Taman-taman Sabah diatas khidmat yang diperlukan. Tidak lupa juga kepada Malim Gunung & Porter kami yang berkhidmat dengan cemerlang sepanjang pendakian bersama team KaLK.


Hari ke-7


Kami bermalam lagi di rumah Wani di Kpg Himbaan, Bundu Tuhan, Kundasang sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu. Team bertolak ke Kota Kinabalu pada jam 7.30 pagi menuju ke Borneo Gaya Louge semula untuk bermalam sebelum bertolak ke Sarawak.


Bergambar kenangan bersama keluarga Wani yang banyak membantu kami sepanjang penginapan kami di rumah mereka. Ribuan terima kasih diucapkan kepada keluarga Wani.


Makan malam terakhir kami di Kota Kinabalu di KFC.


Hari ke-8 (hari terakhir)


Hari terakhir kami di Kota Kinabalu kami gunakan masa untuk membeli cenderahati untuk dibawa balik seperti ikan masin, cenderahati dan sebagainya...hehe....Penerbangan balik kami pada jam 3.30 petang. Waktu pagi nya kami gunakan sebaiknya untuk membeli belah di pasar ikan masin dan pasar Filipin.


Dipasar Ikan Masin Kota Kinabalu


Ini lah coretan pendek kami dari team KaLK. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan xpdc mendaki gng Tambuyokon pada tahun ini. Diharap kita berjumpa lagi di masa akan datang sekiranya xpdc ini diadakan lagi.



Terima kasih kepada:


Borneo Gaya Loudge


Keluarga Wani


Taman-Taman Sabah



Salam KaLK

Wednesday

Ulang Tahun ke-2 KaLK

Pada 13 Mei 2011, Ulang tahun ke-2 Kelab Aktiviti Lasak Kuching telah diraikan di TOP Spot seafood restaurant. Majlis juga meraikan hari jadi Kelab Aktiviti Lasak Kenyalang yang telah di iktirafkan pada hari yang sama. Pada hari itu 2 majlis diraikan dalam satu majlis dan akan disambut setiap tahun. Selamat hari jadi kepada KaLK....semoga berjaya dalam bidang yang di ceburi dan semoga KaLK akan sentiasa kukuh dan bersatu selamanya. Amin.......



salam 73

scotty17