Hari Pertama
Ahli KaLK membeli barang keperluan untuk bekalan semasa xpdc nanti. Selepas membeli barang keperluan, team terus bertolak ke Kundasang dan melapor diri di Taman negara Kinabalu. Team bermalam di Kampun Himbaan, Bundu Tuhan iaitu di rumah kenalan KaLK, Wani.
Diatas adalah gambar tuan pengerusi bersama salah seorang ahli keluarga Wani
Hari ke-3
Team KaLK mula bertolak pada jam 7 pagi menuju ke Ranau untuk membeli sedikit lagi brg keperluan. Tiba di sub station Monggis pada jam 10.30 pagi.




Hari ke-4
Bersiap sedia meneruskan perjalan ke KM 10 iaitu Kem Musang. Perjalan bermula pada jam 10 pagi dan tiba di Kem Musang pada jam 5 ptg.
Bersiap sedia meneruskan perjalan ke KM 10 iaitu Kem Musang. Perjalan bermula pada jam 10 pagi dan tiba di Kem Musang pada jam 5 ptg.

Hari Ke-5
Pada pagi keesokannya pada jam 7 pagi, team sudah bersiap sedia untuk memulakan pendakian pada jam 8 pagi. Pendakian diiringi doa yang dibaca oleh Ustaz Jafaaruddin iaitu salah seorang team KaLK. Team tiba dengan selamat di puncak pada jam 11 pagi. Bergambar beramai-ramai di puncak sebagai kenangan. 

Hari ke-6
Team memulakan perjalan turun balik ke Sub Station Monggis pada hari ke 6 jam 7 pagi. Perjalanan turun diiringi doa oleh ustaz Jafaaruddin.


Terima kasih di ucapkan kepada pegawai Taman-taman Sabah diatas khidmat yang diperlukan. Tidak lupa juga kepada Malim Gunung & Porter kami yang berkhidmat dengan cemerlang sepanjang pendakian bersama team KaLK.
Hari ke-7
Kami bermalam lagi di rumah Wani di Kpg Himbaan, Bundu Tuhan, Kundasang sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu. Team bertolak ke Kota Kinabalu pada jam 7.30 pagi menuju ke Borneo Gaya Louge semula untuk bermalam sebelum bertolak ke Sarawak.

Hari ke-8 (hari terakhir)
Hari terakhir kami di Kota Kinabalu kami gunakan masa untuk membeli cenderahati untuk dibawa balik seperti ikan masin, cenderahati dan sebagainya...hehe....Penerbangan balik kami pada jam 3.30 petang. Waktu pagi nya kami gunakan sebaiknya untuk membeli belah di pasar ikan masin dan pasar Filipin.
Ini lah coretan pendek kami dari team KaLK. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan xpdc mendaki gng Tambuyokon pada tahun ini. Diharap kita berjumpa lagi di masa akan datang sekiranya xpdc ini diadakan lagi.
Terima kasih kepada:
Borneo Gaya Loudge
Keluarga Wani
Taman-Taman Sabah
Salam KaLK
No comments:
Post a Comment