23-24 Julai 2011
Kalk telah mengadakan satu program santai bagi ahli-ahlinya di Pulau Lakei, Taman Negara Bako. Antara man event program itu adalah memancing. Ahli telah berkumpul di pangkalan kampung Bako seawal jam 8pagi. Dibawah adalah gambar perahu yang digunakan untuk ke pulau tersebut. Seramai 7 orang ahli Kalk yang menyertai program santai tersebut iaitu pengerusi En.Doni, Hafizan Madinil, Mohamad, Hailah, Sunarthi, Nagib & Sudriman.
Gelagat ahli Kalk di dalam perahu. Pejalanan mengambil masa satu jam sambil menikmati panorama indah sepanjang Taman Negara Bako.
Inilah pulau Lakei..terletak di Laut China Selatan
Tiba di pulau dalan jam 11 pagi dan terus memungah barang keperluan ke pantai. Kalk bermalam di tepi pantai berhampiran dengan HQ taman negara.
Dibawah adalah sebahagian daripada tangkapan Kalk.
Kalk terpaksa bermalam di HQ taman negara kerana hujan pada malam sebelumnya.
En.Doni bergambar kenangan di hadapan Makan Haji Ibrahim. Seorang tokoh agama yang dikenali dahulu. Makam ini terletak di bukit di Pulau Lakei.
Ahli Kalk berehat sebentar di Tanjung Pak Amit setelah penat mendaki ke lokasi tersebut. Antara lokasi menarik di pulau lakei, lokasi yang amat sesuai untuk melihat matahari terbenam.
Kepada mereka yang ingin menyertai program santai ke Lakei, kami mungkin akan mengadakan sekali lagi program sebegini pada bulan puasa dimana kita akan berbuka dan bersahor di pulau Lakei...Informasi akan diberitahu melalui FB Kalk dari masa kesemasa. Salam Ramadhan dan selamat berekreasi....
No comments:
Post a Comment