Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Friday

YALA Peak - Kathmandhu Nepal

17.11.2009 - 04.12.2009

Pengerusi KaLK, saudara Doni Bin Sahari telah terpilih mewakili Sarawak mendaki Puncak Everest pada tahun 2010 ini seterusnya merupakan org Sarawak pertama mendaki Gunung Everest, puncak tertinggi di dunia. Disini di lampirkan bersama photo beliau semasa menjalani latihan di Kathmandu Nepal.

Barisan peserta dari Malaysia yang terpilih mewakili negara ke puncak Everest.



En. Doni B. Sahari (Pengerusi Kelab Aktiviti Lasak Kuching)

Wednesday

Pendakian Gng Santubong - JBS

Pendakian puncak santubong Jabatan Belia dan Sukan Sarawak bersama Kelab Aktiviti Lasak Kuching dan Maret Muda Sarawak. (16 Januari 2010)

Pendakian bermula jam 8 pagi dimana semua peserta berkumpul di kaki gunung pada jam 7.30pagi. Bermula dengan short briefing yang disampaikan oleh En. Fadzal dari KalK. Sejurus kemudian senaman ringan diketui oleh seorang pegawai JBS iaitu Cik Siti K.

Ini adalah peserta yang berjaya ke puncak santubong namun ada lagi sebahagian daripada seluruh kumpulan tiba di puncak kemudian nya. Ini merupakan kumpulan pertama yang tiba pada jam 11 pagi.


KalK mengucapkan terima kasih kepada pihak Belia dan Sukan Sarawak kerana memberi kepercayaan kepada KalK bagi membantu menjayakan misi menakluki puncak Santubong ini.


Sekian terima kasih

Salam 1 Belia 1 Malaysia

Salam 73




Thursday

Mesyuarat Agung Tahunan KaLK 2010 - Penggal ke 2

06 Januari 2010
Bertempat di kediaman setiausaha kelab, Sunarthi Fitri di Matang Jaya. Pertama kalinya mesyuarat agung ini diadakan bagi pembubaran dan perlantikan baru AJK Tertinggi KaLK. Juga dibentangkan hal-hal berbangkit. Berikut adalah senarai AJK Tertinggi baru KaLK bagi penggal ke 2 ini.

PENAUNG
En. Selihin Bin Haji Kachon
(Pengarah Belia dan Sukan Sarawak)

PENGERUSI
En. Doni Bin Sahari

TIMBALAN PENGERUSI
En. Jaafaruddin Bin Abdul Hamid

SETIAUSAHA
Cik Sunarthi Fitri Binti Haji Pandi

BENDAHARI
Cik Hamsiah Binti Bontal

AJK
En. Fadzal Bin Kipali
En. Sudriman Bin Matnoh
Cik Hailah Binti Belon
En. Mohammad Bin Sahari
En. Saille Bin Mohd Ali
En. Mohd.Izwan Bin Nordin
Salam 73, Salam 1 Malaysia

Saturday

Program Integrasi Maret Muda Malaysia

Program Integrasi Maret Muda Malaysia - (26-29 Disember 2009)

Program ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama KALK dan JKK Kpg Sg. Putin. Program berlangsung selama 4 hari tersebut telah melibatkan seramai 69 ahli Maret Muda Semenanjung dan Sarawak. Diiringi oleh pegawai belia dan sukan negeri sarawak, guru pengiring dan 6 orang ahli KaLK bagi membantu perjalanan program ini. Program ini bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahhim antara ahli Maret Muda Semenanjung dan Sarawak. Berikut adalah antara program-program menarik yang mereka jalani sepanjang program berlangsung.


Ahli Maret Muda tiba di kpg. Sg. Putin


Program penyerahan anak angkat. Ahli Maret bersama adik beradik angkat dan keluarga angkat.







Ahli KALK yang bersama menjayakan Program Integrasi Maret Muda


Lawatan ke Jong Crocodile Farm

Lawatan ke kilang pasu

Lawatan Ke Kampung Budaya Sarawak

Lawatan Ke Rumah Panjang Sg. Buluh Batang Sadong


Persembahan dari penduduk rumah panjang. Tarian Ngajat.

Bergambar kenangan Maret Muda bersama Y.B. Hajjah Nancy, ahli perlimen Btg Sadong dan

Timbalan Ketua Pengarah Belia dan Sukan Pn. Zaharah

Y.B dan TKP berangkat pulang ke Kuching

KaLK mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Sarawak kerana memberi peluang kepada kami menyertai program yang menarik seperti ini. Semoga kami diberi kepercayaan lagi untuk menyertai program yang akan datang.

Salam 73

Terima Kasih


Wednesday

Maret Muda Sarawak 2009 Kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan


Pada 19 dan 20 Disember 2009 yang lepas, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Aktiviti Lasak Kuching (KALK) telah mengadakan Aktiviti Pengenalan Maret Muda (Malaysian Amateur Rescue Emergency Team) di Fairy Cave Bau.
Seramai 32 orang Maret Muda dari beberapa buah sekolah mengikuti program ini dengan jayanya. Antaranya ialah SMK Agama Matang, Kolej DPAH, SMK Matang Hilir dan SMK Bako.
Bersama-sama peserta ialah ahli KALK yang diketuai oleh pengerusi sendiri Uncle Don, Boy, Azlina, Fadzal, Bujang, Sunarthi, Hamsiah, Hailah, Shailee, Ana dan 3 orang pegawai dari JBS.
Program bermula dengan berkumpulnya Peserta Maret Muda Sarawak di perkarangan Bangunan Sultan Iskandar pada pagi 19hb Disember 2009 untuk mendengar taklimat perjalanan program.

Seperti kebiasaan ahli KALK telah awal mengambil tempat pada 18hb malamnya untuk setting apa yang patut.
Ketibaan Maret Muda Sarawak di tapak perkhemahan Fairy Cave, Bau
Ahli KALK sedang menyediakan alatan yang akan di tunjukkan kepada Maret.
Antara aktiviti yang paling best, absail pada ketinggian lebih kurang 20-30 meter.
Aktiviti climbing, hanya dua peserta lelaki sahaja yang sampai pada penamatnya.

Tuesday

KARNIVAL SUKAN LASAK KEBANGSAAN 2009

5 Disember 2009

Karnival Sukan Lasak Kebangsaan 2009 berlangsung di Taman Rekreasi Pudu Ulu Cheras KL melibatkan sebahagian daripada ahli KaLK sebagai atlit sukan lasak diantaranya Hailah Belon, Sudriman Matnoh, Sunarthi Fitri dan Mohd. Noh. Keempat-empat atlit ini mewakili Sarawak dalam acara wall climbing. KaLK juga berangkat bersama 2 atlit Inline Skate, 2 atlit Skateboard dan 3 atlit BMX. Kontinjen diiringi oleh pengurus pasukan iaitu Puan Azlina, En. Doni Sahari, En. Roslan dan En. Faisal dan dibantu oleh En.Jaaffarudin dan En. Zuraimi.
Ahli KaLK yang mewakili Sarawak
Kontinjen Sukan Lasak Negeri Sarawak

Atlit sebelum berangkat ke KL di LTAK

Tiba di tempat penginapan - Kolej Zaa'ba UKM
Atlit sebelum berangkat ke lokasi karnival sukan lasak
(Dalam bas)

Telatah atlit
Peserta Explorace Sarawak - Tempat ke 3
Atlit BMX Sarawak
Atlit Expert Speed Climbing Sarawak, Hailah Belon - Tempat ke 4
Hailah Belon
Atlit Expert Speed Wall Climbing Sarawak, Sunarthi Fitri - Tempat ke 11
Sunarthi Fitri
Sudriman dalam acara Expert Bouldering Man
Noh dalam acara Expert Bouldering Man
Peserta Explorace - Tempat Ke 3
Hailah , Atlit Woman Expert Speed Climbing - Tempat ke 4
Atlit Wall Climbing Sarawak
Sudriman, Sunarthi, Hailah, Mohd Noh
Makan malam pada malam terakhir di KL
(Jalan Masjid India)
Hailah....Emmmm Nyeman...

Breakfast di Restoran Yassin pada hari terakhir di KL

Bersiap sedia untuk check out dari Kow Loon Hotel jalan TAR

Tahniah diucapkan kepada atlit yang berjaya dan kepada semua atlit yang mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Lasak Kebangsaan kali ini. Diharap tahun hadapan kita boleh mengharumkan nama negeri Sarawak seperti kali ini. Tahniah diucapkan sekali lagi. Juga terima kasih diucapkan kepada KaLK kerana berjaya membawa nama kelab sebagai Pengurus kontijen Sarawak kali ini.

1 Belia 1 Malaysia
su/kalk2009








Wednesday

Persatuan Berbasikal Kuching

Persatuan Berbasikal Kuching merupakan salah satu kelab berbasikal yang wujud di Kuching dimana mereka aktif berbasikal dan mempunyai ahli yang ramai. 3 org ahli KaLK juga telah menyertai persatuan ini bagi mengeratkan lagi pertalian diantara persatuan dan kelab yang ada di sekitar Kuching. Bujang, Abang dan Su(cc) merupakan ahli KaLK yang telah menyertai mereka. Baru-baru ini Bujang dan Su telah menyertai mereka dalam Nite Ride. Berbasikal sejauh kira-kira 20-30km. Walaupun hujan turun dalam perjalanan tetapi tidak mematahkan semangat para berbasikal.
Boytie, Zainoren, Su & Jai
Ahli persatuan berbasikal kuching.
(Zick, Hajiah, Andy, Julie, Bujang, Zainoren & Su)

Team member KaLK (Bujang & Su)

Kepada team member KaLK yang ingin join untuk mengayoh basikal, boleh lah menghubungi Bujang, Abg atau Su. Bagi sesiapa yang ingin menyertai Kelab ini juga amat dialu-alukan. Hubungi setiausaha KaLK untuk keterangan lebih lanjut. Terima Kasih...Salam 73...
su/kalk/2009

Sunday

Camping di Pantai Grigat, Kabong

16 - 18 Oktober 2009

Program berkhemah di pantai Gerigat, Kabong merupakan salah satu aktiviti kelab yang telah dilakukan oleh team member. Bertolak pada jam 9 mlm pada 16 oktober secara berkonvoi dan tiba di rumah Puan Azlina(E.S) pada jam 3 pagi. Keesokannya kami pergi ke pasar basah Saratok untuk membeli barang keperluan berkhemah seperti makanan dan bahan untuk BBQ.



Bertolak dari Saratok ke pantai Gerigat pada jam 3 petang. Setibanya disana team terus menyediakan tapak perkhemahan dimana kesemua team menggunakan hemmock sebagai pilihan untuk tidur. Team juga bekerjasama menyediakan tempat untuk BBQ dengan mencari kayu dan ranting untuk ungun api.
Antara resepi BBQ kali ini adalah "chicken wing's, sausage, beef n jagung". Sedap walaupun ader rasa pasir sikit dan beef ader la liat sikit. hehehe...walaubagaimanapun team amat enjoy meluangkan masa bersama-sama.

Beginilah keadaan tapk perkhemahan kami. Sebatang pokok dan 5 hemmock tergantung disitu. Seperti kepompong rama-rama. Seperti biasa tidur kami bertemankan nyamuk dan "rengit".

Diharap kami dapat lagi berkhemah seperti ini memandangkan ramai team member yang tidak menyertai perkhemahan kali ini terutama sekali otai kita Abg. Don, Hailah, Abang dan Pijan. Sunyi sikit la tapi team tetap enjoy. Terima kasih diucapkan kepada team member yang menberi sokongan kepada program perkhemahan kali ini. Semoga berjumpa lagi. Salam Rekreasi...Salam 73...