Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Friday

HAPPY NEW YEAR 2011 KaLK

Happy New Year to All KaLK team members......may this year be your most memorable year...

Majlis Perpisahan En.Roslan-Jurulatih Rekreasi Malaysia

Pada 27hb Disember 2010, KaLK telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk En.Roslan iaitu salah seorang jurulatih rekreasi Malaysia yang akan berpindah ke semenanjung.. Satu kehilangan besar bagi KaLK kerana beliau banyak memberi sumbangan kepada kelab terutamanya nasihat dan khidmat beliau dalam menjayakan sukan rekreasi. Terima kasih diucapkan kepada En.Roslan. Semoga berjumpa lagi...Salam 73...


Antara ahli KaLK yang hadir di majlis tersebut.

Saturday

MEMO utk ahli KaLK yang pergi ke pendakian Gunung Tambuyokon Jun 2011

Perhatian kepada ahli KalK yang terlibat dalam pendakian Gunung Tambuyokon Jun 2011. Kepada yang sudah membeli tiket kapal terbang...adalah dimaklumkan jumlah perbelanjaan di Sabah nanti adalah RM550.00 selama 8 hari tersebut. Perbelanjaan adalah merangkumi penginapan, pengangkutan, permit pendakian, mountain guide, insuran, 4x4 di tambuyokon, sijil, makan minum dan lain-lain. Ahli dikehendaki membayar sebelum 17 MAC 2011 dimana pembayaran bagi pendakian akan dilakukan pada 19 MAC 2011 oleh tuan Pengerusi.
Sila hubungi Cik Sunarthi (setiausaha KaLK) untuk maklumat lebih lanjut. 019-8360166

Sekian, harap maklum.

Majlis Penyerahan Cenderahati Pihak UNIMAS & BBQ sempena Wall baru di Kpg Paroh

Pada 17 Disember 2010 jam 9.oo malam di Wall Climbing Paroh, satu majlis penyerahan cenderahati dari pihak UNIMAS kepada KaLK telah berlangsung. Cenderahati disampaikan oleh pegawai Kokurikulum Pusat Kemajuan Pelajar Unimas iaitu Cik Siti Mariani Hamlin kepada Pangerusi KaLK, En. Doni Sahari.
Penyerahan cenderahati.
Sebahagian ahli KaLK yang hadir.
Timbalan Pengerusi iaitu En. Jafaaruddin membaca doa majlis penyerahan cenderahati dan BBQ.

Menu BBQ pada malam tersebut, Ikan Kaloi...
Semoga KaLK dalam keadaan baik dan sejahtera serta dimurahkan rezeki yang berkekalan. Jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pihak Unimas kerana memberi seluruh kepercayaan kepada KaLK dalam membantu menjayakan program-program Unimas yang memlibatkan aktiviti lasak.
Sekian terima kasih
Salam 73



KaLK Climbing Academy





Pada 13 Disember 2010, satu climbing wall telah didirikan oleh ahli2 KaLK di Kpg Paroh bagi kegunaan ahli kelab untuk berlatih. Wall tersebut juga dibuka bagi pelajar2 sekolah rendah dan sekolah menengah yang menetap di kpg Paroh. Ini adalah untuk mencari bakat-bakat baru bagi mencari pelapis baru "climber" KaLK.

Monday

Program Kembara Kepimpinan IPT (PROKKIPT) Pelajar II, 2010

Sekali lagi KaLK telah diberi kepercayaan bagi membantu menjayakan slot Kembara Diri yang dijadualkan bermula dari 4 hingga 5 Disember 2010 bertempat di Gua Fairy, Bau. Hasil pembelajaran yang dijangka akan diperolehi oleh para pelajar dalam aktiviti kembara diri adalah diharap pelajar akan lebih berdisiplin, melawan rasa takut, berani memimpin serta mencabar kemampuan diri dari segi ketahanan mental dan fizikal, kesedaran terhadap kepantingan dan kegunaan alam semulajadi serta memupuk semangat setia kawan, kepimpinan dan tanggungjawab.

Seramai 80 orang pelajar dari serata IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia terlibat dalam program ini.
Antara aktiviti yang mencabar minda adalah Survivor.

Gelagat pelajar dalam slot Kembara di dalam Gua.

Majlis penutupan program diselangi dgn persembahan dari pelajar.

Gambar beramai-ramai bersama pelajar dan crew Unimas dengan Crew KaLK.
Terima Kasih diucapkan kepada pihak Unimas kerana menjemput KaLK sebagai jurulatih bagi program ini. Diharap khidmat kami akan diperlukan lagi bagi program mendatang.
Sekian terima kasih.
Salam 73

Happy Birthday Wishes

Happy birthday to Boy, Anna Yong & Nik.....wishes for all the best and happy from KaLK...
Nik
Boy (02.12.1980)
Timbalan Pengerusi KaLK