Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Friday

HAPPY NEW YEAR 2011 KaLK

Happy New Year to All KaLK team members......may this year be your most memorable year...

Majlis Perpisahan En.Roslan-Jurulatih Rekreasi Malaysia

Pada 27hb Disember 2010, KaLK telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk En.Roslan iaitu salah seorang jurulatih rekreasi Malaysia yang akan berpindah ke semenanjung.. Satu kehilangan besar bagi KaLK kerana beliau banyak memberi sumbangan kepada kelab terutamanya nasihat dan khidmat beliau dalam menjayakan sukan rekreasi. Terima kasih diucapkan kepada En.Roslan. Semoga berjumpa lagi...Salam 73...


Antara ahli KaLK yang hadir di majlis tersebut.

Saturday

MEMO utk ahli KaLK yang pergi ke pendakian Gunung Tambuyokon Jun 2011

Perhatian kepada ahli KalK yang terlibat dalam pendakian Gunung Tambuyokon Jun 2011. Kepada yang sudah membeli tiket kapal terbang...adalah dimaklumkan jumlah perbelanjaan di Sabah nanti adalah RM550.00 selama 8 hari tersebut. Perbelanjaan adalah merangkumi penginapan, pengangkutan, permit pendakian, mountain guide, insuran, 4x4 di tambuyokon, sijil, makan minum dan lain-lain. Ahli dikehendaki membayar sebelum 17 MAC 2011 dimana pembayaran bagi pendakian akan dilakukan pada 19 MAC 2011 oleh tuan Pengerusi.
Sila hubungi Cik Sunarthi (setiausaha KaLK) untuk maklumat lebih lanjut. 019-8360166

Sekian, harap maklum.

Majlis Penyerahan Cenderahati Pihak UNIMAS & BBQ sempena Wall baru di Kpg Paroh

Pada 17 Disember 2010 jam 9.oo malam di Wall Climbing Paroh, satu majlis penyerahan cenderahati dari pihak UNIMAS kepada KaLK telah berlangsung. Cenderahati disampaikan oleh pegawai Kokurikulum Pusat Kemajuan Pelajar Unimas iaitu Cik Siti Mariani Hamlin kepada Pangerusi KaLK, En. Doni Sahari.
Penyerahan cenderahati.
Sebahagian ahli KaLK yang hadir.
Timbalan Pengerusi iaitu En. Jafaaruddin membaca doa majlis penyerahan cenderahati dan BBQ.

Menu BBQ pada malam tersebut, Ikan Kaloi...
Semoga KaLK dalam keadaan baik dan sejahtera serta dimurahkan rezeki yang berkekalan. Jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pihak Unimas kerana memberi seluruh kepercayaan kepada KaLK dalam membantu menjayakan program-program Unimas yang memlibatkan aktiviti lasak.
Sekian terima kasih
Salam 73



KaLK Climbing Academy





Pada 13 Disember 2010, satu climbing wall telah didirikan oleh ahli2 KaLK di Kpg Paroh bagi kegunaan ahli kelab untuk berlatih. Wall tersebut juga dibuka bagi pelajar2 sekolah rendah dan sekolah menengah yang menetap di kpg Paroh. Ini adalah untuk mencari bakat-bakat baru bagi mencari pelapis baru "climber" KaLK.

Monday

Program Kembara Kepimpinan IPT (PROKKIPT) Pelajar II, 2010

Sekali lagi KaLK telah diberi kepercayaan bagi membantu menjayakan slot Kembara Diri yang dijadualkan bermula dari 4 hingga 5 Disember 2010 bertempat di Gua Fairy, Bau. Hasil pembelajaran yang dijangka akan diperolehi oleh para pelajar dalam aktiviti kembara diri adalah diharap pelajar akan lebih berdisiplin, melawan rasa takut, berani memimpin serta mencabar kemampuan diri dari segi ketahanan mental dan fizikal, kesedaran terhadap kepantingan dan kegunaan alam semulajadi serta memupuk semangat setia kawan, kepimpinan dan tanggungjawab.

Seramai 80 orang pelajar dari serata IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia terlibat dalam program ini.
Antara aktiviti yang mencabar minda adalah Survivor.

Gelagat pelajar dalam slot Kembara di dalam Gua.

Majlis penutupan program diselangi dgn persembahan dari pelajar.

Gambar beramai-ramai bersama pelajar dan crew Unimas dengan Crew KaLK.
Terima Kasih diucapkan kepada pihak Unimas kerana menjemput KaLK sebagai jurulatih bagi program ini. Diharap khidmat kami akan diperlukan lagi bagi program mendatang.
Sekian terima kasih.
Salam 73

Happy Birthday Wishes

Happy birthday to Boy, Anna Yong & Nik.....wishes for all the best and happy from KaLK...
Nik
Boy (02.12.1980)
Timbalan Pengerusi KaLK

Saturday

Happy Birthday Wishes

Happy Birthday diucapkan kepada 2 orang ahli Kalk yang lahir pada bulan November. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. Semua keluarga KaLK mengucapkan selamat hari lahir kepada Alip & Boy Ahmad....happy birthday!!!!
Ahmad Irwan Bin Hamlin
02 November 1982
Mohamad Alif Bin Hamzah@ Umar
03 November 1988
scotty17

Thursday

Bau Outdoor Challange

13 November 2010

KaLK telah terlibat dalam satu program anjuran Outdoor Treks & Adventure dan True Events dalam sebuah program bersama Sime Darby Plantation. Seramai lebih 100 orang peserta terlibat dalam program tersebut. KaLK diberi kepercayaan memberi khidmat dalam acara "speed climbing" untuk peserta. Seramai 7 orang ahli KaLK terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Sebahagian ahli Kalk yang diberi kepercayaan dalam acara speed climbing.

Antara peserta dari Sime Darby Plantation yang mengambil bahagian.
Terima kasih kepada pihak True Event & Outdoor Treks and Adventure yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk membantu mereka dalam program ini.
Sekian Terima Kasih & Jumpa Lagi



Sunday

XPDC Gng.Tambuyokon Sabah (4 Jun-11 Jun 2011)

Perhatian kepada ahli-ahli KaLK dan yang berminat

Satu XPDC pendakian gunung ke-3 tertinggi di Malaysia iaitu Gng.Tambuyokun di Sabah akan dijalankan pada bulan Jun tahun depan. Kepada yang berminat sila rujuk kenyataan di bawah:

Tajuk : XPDC Tambuyokon
Tarikh : 4 Jun - 11 Jun 2011
Harga Tiket Kapal Terbang pergi dan balik : RM200.00 (sila bayar kepada Tuan Pengerusi sebelum atau pada 11 November 2010.
Perbelanjaan XPDC : RM470.00 seorg...bayaran boleh secara ansuran kepada Tuan Pengerusi

Sila hubungi Tuan pengerusi atau Setiausaha KaLK untuk maklumat lebih lanjut.

Sekian terima kasih

p/s: Tiada tarikh tutup penyertaan tetapi sekiranya tarikh bayaran tiket kapal terbang selepas 11 november 2010, tiket akan naik harga...harap maklum....ada boleh beli sendiri atau bincang dahulu dengan Tuan Pengerusi.

Monday

KaLK BBQ, Camping, Climbing & Abseil

Pada 30-31 Oktober 2010, KaLK telah mengadakan satu program camping, climbing & absail bagi ahli kelab. Pada malam 30 pula satu BBQ telah diadakan bagi meraikan ulang tahun pengerusi kami iaitu EN. DONI SAHARI dan juga beberapa org ahli kelab yang menyambut ulang tahun bagi bulan oktober. Happy birthday to abg.DON & others.....semoga semua & KalK panjang umor.....
Kek Khas KaLK buat semua.
Tuan Pengerusi En. Doni Sahari tgh baca doa sebelum makan.

Dinner's start...

KaLK camping style

Sebahagian ahli KalK yang mengikuti program.
Happy birthday kepada Tuan Pengerusi dan ahli KaLK yang lain.
Semoga kita terus bersama dalam kelab dan semoga KALK panjang umur dan maju.
Terima kasih atas sokongan semua ahli.
scotty17/kalk




Program Mendaki & Abseil Politeknik

16.10.2010
Pelajar dari Politeknik Kuching telah menggunakan perkhidmatan KaLK untuk mempelajari teknik mendaki dan abseil. Seramai 20 orang pelajar termasuk pensyarah telah mengikuti program tersebut. Program berlangsung satu hari tersebut telah memberi sedikit sebanyak cara mendaki dan abseil kepada pelajar tersebut.


Terima kasih diucapkan kepada pihak Politeknik kerana telah memberi kepercayaan kepada KaLK untuk berkongsi ilmu mendaki dan abseil. Terima Kasih...

Latihan mendaki ahli KaLK

10.10.2010
Latihan mendaki di adakan setiap hari ahad di Fairy Cave Bau. Latihan diadakan untuk meningkatkan lagi kemahiran mendaki dan menyiapkan diri untuk kejohanan mendaki dan menajamkan lagi ilmu mendaki bagi memberi didikan kepada belia sekiranya khidmat diperlukan dalam memberi tunjuk ajar.




Kepada sesiapa yang berminat menceburkan diri dalam bidang ini, anda dialu-alukan menyertai Kelab Aktiviti Lasak Kuching. Sila hubungi Pengerusi atau Setiausaha kelab dan boleh dihubungi melalui talian talifon di halaman utama blog kami.

Friday

Kursus Rekreasi Tahap 1-Peringkat Bahagian Samarahan 2010

7-9 May 2010

Sekali lagi KaLK diberi mandat oleh Jabatan Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan bagi mengendalikan Kursus Rekreasi Tahap 1. Seramai 31 peserta dari bahagian Samarahan dan Unimas telah mengambil bahagian dalam kursus ini. Kursus berlangsung selama 3 hari di Fairy Cave Bau. Seramai 8 org team KaLK terlibat menjadi jurulatih.

Pegawai JBS, pensyarah Unimas, barisan jurulatih KalK dan peserta bergambar di akhir kursus.
Gelagat jurulatih dalam kelas ikatan tali.

Gelagat peserta setelah keluar dari dalam gua.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Belia dan Sukan kerana memberi kepercayaan kepada KaLK untuk mengendalikan Kursus ini. Pihak kami berasa amat gembira kerana kursus ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kepada peserta yang terpilih ke Tahap 2, jumpa anda di Bintulu.

Sekian, Salam 1 Belia, 1 Malaysia

Salam 73



Thursday

Kursus Asas Mendaki Tembok Tiruan, Peringkat Negeri Sarawak

Kursus asas mendaki tembok peringkat negeri Sarawak telah diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 23-25 April 2010. KaLK telah di beri mandat bagi mengendalikan kursus ini. Seramai 20 lebih org peserta yang terdiri daripada belia sekitar Kota Samarahan telah mengikuti kursus ini.
Peserta sedang menjalankan sesi memanaskan badan.
Tembok tiruan yang bakal menanti para peserta untuk diuji.
Sebahagian para peserta berada di dalam kelas teori.
Para jurulatih bersedia mengajar.
Mr. Doni sedang menerangkan sesuatu di dalam kelas.
Aksi peserta mencuba mendaki tembok tiruan.
Jurulatih jemputan.
Barisan peserta yang menang dalam pertandingan yang diadakan. Hadiah nya ialah keahlian secara percuma menyertai Kelab Aktiviti Lasak Kuching.
Peserta, jurulatih, pegawai JBS & pegawai Unimas merakamkan photo kenangan bersama di akhir majlis penutupan kursus.

Semoga berjumpa lagi di masa yang akan datang.
Salam 1 Belia 1 Malaysia

Salam 73
scotty17/kalk

Saturday

Pesta Beteba' - 18 April 2010

Pesta Beteba' anjuran PNB dengan kerjasama JBS telah mengadakan pertandingan sukan air di Waterfront Kuching. Beberapa acara telah di adakan seperti kayak, renang, rakit, perahu tambang, tangkap itik dan pukul bantal. Acara yang julung-julung kali diadakan telah melibatkan KALK dalam membantu menguruskan perjalanan karnival berkenaan. Pihak JBS telah memberi kepercayaan kepada KALK dalam membantu melancarkan acara rakit, kayak dan perahu tambang


Peserta kayak tiba digarisan permulaan kayak .
Peserta perahu tambang sedang bersiap sedia untuk memulakan perlumbaan.
Peserta rakit sedang menyiapkan rakit mereka di garisan permulaan.

Penunggu kayak yang "expert"
Team KALK sedang menguji kayak sebelum pertandingan dimulakan bagi memastikan kayak dalam keadaan baik dan selamat.

Terima kasih diucapkan kepada pihak PNB dan JBS kerana memberi kepercayaan kepada KALK dalam membantu melancarkan PESTA BETEBA'.

Sekian terima kasih.

1 Belia 1 Malaysia
Salam 73

scotty17/kalk