Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Monday

Program Kembara Kepimpinan IPT (PROKKIPT) Pelajar II, 2010

Sekali lagi KaLK telah diberi kepercayaan bagi membantu menjayakan slot Kembara Diri yang dijadualkan bermula dari 4 hingga 5 Disember 2010 bertempat di Gua Fairy, Bau. Hasil pembelajaran yang dijangka akan diperolehi oleh para pelajar dalam aktiviti kembara diri adalah diharap pelajar akan lebih berdisiplin, melawan rasa takut, berani memimpin serta mencabar kemampuan diri dari segi ketahanan mental dan fizikal, kesedaran terhadap kepantingan dan kegunaan alam semulajadi serta memupuk semangat setia kawan, kepimpinan dan tanggungjawab.

Seramai 80 orang pelajar dari serata IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia terlibat dalam program ini.
Antara aktiviti yang mencabar minda adalah Survivor.

Gelagat pelajar dalam slot Kembara di dalam Gua.

Majlis penutupan program diselangi dgn persembahan dari pelajar.

Gambar beramai-ramai bersama pelajar dan crew Unimas dengan Crew KaLK.
Terima Kasih diucapkan kepada pihak Unimas kerana menjemput KaLK sebagai jurulatih bagi program ini. Diharap khidmat kami akan diperlukan lagi bagi program mendatang.
Sekian terima kasih.
Salam 73

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. yay, 1st comment! nway, just wanna thank y'all for the patient handling all of us throughout the event. i looove all the stuff we did there, caving is the 1st on my list. KaLK the Best!!

    ReplyDelete