Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Wednesday

Maret Muda Sarawak 2009 Kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan


Pada 19 dan 20 Disember 2009 yang lepas, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Aktiviti Lasak Kuching (KALK) telah mengadakan Aktiviti Pengenalan Maret Muda (Malaysian Amateur Rescue Emergency Team) di Fairy Cave Bau.
Seramai 32 orang Maret Muda dari beberapa buah sekolah mengikuti program ini dengan jayanya. Antaranya ialah SMK Agama Matang, Kolej DPAH, SMK Matang Hilir dan SMK Bako.
Bersama-sama peserta ialah ahli KALK yang diketuai oleh pengerusi sendiri Uncle Don, Boy, Azlina, Fadzal, Bujang, Sunarthi, Hamsiah, Hailah, Shailee, Ana dan 3 orang pegawai dari JBS.
Program bermula dengan berkumpulnya Peserta Maret Muda Sarawak di perkarangan Bangunan Sultan Iskandar pada pagi 19hb Disember 2009 untuk mendengar taklimat perjalanan program.

No comments:

Post a Comment