Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Sunday

Bersahur DiPuncak Santubong (28-29 Ogos 2009)

Assalamualaikum kepada team member KALK dan semua umat islam seuruhnya dan selamat mengerjakan ibadah puasa. Seperti biasa KALK tidak akan berhenti beraktiviti meskipun dibulan Ramadhan dan sesungguhnya di bulan mulia ini team Kalk dapat menguji ketahanan diri disamping mengekalkan kekuatan dan stamina diri. Di bulan mulia ini Kalk mempunyai rutin tersendiri iaitu Bersahor Di Puncak Gunung dan gunung yang menjadi pilihan ialah Santubong. Mengambil kira tahap ketinggian dan masa pendakian, Santubong merupakan lokasi terbaik. Bermula dengan berkumpul di hadapan Plaza Astana pada jam 10 mlm selepas Solat Tarawih, team bergerak ke lokasi jam 10.30. Tiba di balai Polis Santubong untuk melapor diri di sana. Team mula bergerak kekaki gunung jam 11.30 dihantar oleh seorang team Kalk yang tidak menyertai xpdc kerana bekerja. Team mula mendaki tepat jam 11.30 malam.
Team bergerak pada jam tepat 11.30 malam dan tiba dipersimpangan air terjun tepat jam 12.20pagi. Berehat selama 10 minit dan bergerak semula pada jam 12.30 pagi. Team bergerak secara perlahan dan rilex kerana kesemua team baru balik dari bekerja dan terus mendaki. Penat tetapi bersemangat.
Team tiba di puncak tepat jam 3.00 pagi dan menjadikan masa pendakian selama 3 jam 30 minit. Setelah berehat sebentar, team mula memasang Hemmock untuk tidur dan menyalakan lampu gas untuk menerangi team yang berteduh di pondok di puncak Santubong.

Tepat jam 3.30 pagi kami mula mengeluarkan semua bekalan makanan untuk Bersahor. Bagi team member yang pertama kali bersahor di puncak Santubong seperti Su, Izmil, Wan, ia adalah pengalaman yang amat menyeronokkan biarpun penat selepas bekerja dan berpuasa. Tapi Best...dan Puas Hati. Bersahor bersama-sama team Kalk sememangnya disajikan bersama gelak ketawa dan karenah team yang lucu. Ini mengeratkan lagi Silaturrahim yang erat antara team member.
Selepas bersahor team mula berkemas dan membersihkan kawasan selepas bersahor. Selepas waktu Imsak team mula tidor untuk berehat menyimpan tenaga untuk turun pagi nanti.

Pagi tersebut team member bangun dari tidur kira-kira jam 10 pagi. Kepenatan sememangnya tidak menyedarkan kami dari tidur setelah riuh keadaan apabila seorang team menjerit mengatakan ada seekor kera mengunjungi kami. Nasib baik tak kacau bilau setelah seorang team kami memberi sebiji Kurma kepada sang kera tersebut. Hehehehe.....

Team member mula membersihkan diri di kolam semulajadi berdekatan. Kolam tersebut tidak kelihatan dek kerana rumput yang panjang. Kerana itulah seorang team, Sailee berhajat untuk . menebas rumput yang panjang agar senang membersihkan diri. Salah satu kerja amal yang team sumbangkan untuk sesiapa sahaja yang akan menggunakan kolam tersebut.

Setelah siap semua kelengkapan turun dan membersihkan kawasan sekitar, team mula bergerak turun tepat jam 12 tengahari. Sebelum itu sempat merakam photo kenangan kami di puncak.
Tepat jam 2ptg kami tiba di persimpangan air terjun dan bukit putri. Setibanya kami disana kami bercadang untuk berehat selama 2 jam iaitu Tido la...siap gantung Hammock lagik...huhu...
Team member apalagi, trus lena kerana keletihan dan masih lagi berpuasa.

Tepat jam 4ptg kami mula bertolak turun dari persimpangan dan tiba di kaki gunung jam 4.20ptg. Hanya 20minit tiba di bawah. Setibanya di bawah, salah seorang team member iaitu Fadzal menumpang motosikal orang awam untuk ke balai polis santubong untuk mengambil kenderaan dan melaporkan kepada pihak polis tentang aktiviti kami. Kami bertolak balik ke kuching tepat jam 5 ptg. Kesemua team terus balik ke rumah untuk berbuka puasa.

Terima kasih diucapkan kepada team member yang memberi sokongan kepada aktiviti Ramadhan ini biarpun dalam keadaan berpuasa namun iman tetap teguh. Syabas diucapkan kepada semua team member yang memberi sokongan padu kepada program ini. Alhamdullillah.
Kita jumpa lagi di program berbuka puasa nanti ya...Assalamualaikum...
suscotty/kalk/2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua team member KALK dan seluruh umat Islam sedunia.



Tuesday

XPDC KLCC - Pulau Lakei (14-16 Ogos 2009)

Bermula pada 14.08.09 ,jam 9:00 malam para peserta berkumpul di perkarangan Plaza Astana dan bergerak serentak ke KLCC (Klambu Lang Cave Camp) dan tiba pada jam 10:00mlm. Peserta terdiri daripada ahli KALK iaitu En. Doni (Otai), Bujang (Drebar), Abang(Props), Hailah(Caterer), Sunarthi(Cc), Ham (Penasihat), Hafizan (Ustaz), Izwan (Treinekens), Sailee(Tkg. Ngenjen) & Ina (Tukang Latah)...Huhuhu... Setibanya di KLCC peserta menikmati makan malam yang terdiri daripada...tak yah cakap la... Sepanjang malam kami tidur bertemankan teman setia iaitu en.nyamuk dan sedarenye...
Jam 7 pagi, en.Doni mula mengejutkan team member yang masih lena diulik mimpi dan mula bersiap sedia untuk memulakan XPDC pada jam 8pagi. Sebelum itu breakfast tidak dilupakan sebelum memulakan perjalanan. Tepat jam 8am XPDC mula bergerak dengan bacaan bearing 42˚.


Setelah separuh hari treaking, kami berehat selama setengah jam untuk menjamu makan tengahari kami yang tak seberapa tapi best di lokasi bernama "H1N1" sempena Otai kami batuk tak berhenti. Nama diperolehi dari team member yang juga selepas lalu tempat riadah sang Influenza.

Kami meneruskan perjalanan pada jam 12.30tghari dengan membuka laluan sendiri berpandukan bearing yang tadi sehingga berjumpa trek jam 12.40pm. Kami meneruskan perjalanan sehingga ke persimpangan Bukit Gondol pada jam 5.30pm.


Di persimpangan Bukit Gondol ini kami bermalam. Semasa makan malam kami berbincang mengenai empat simpang yang mana satu nak ikut. Oleh kerana masing-masing dah kelabu asap dan pening-pening lalat tentang kedudukan sebenar kami dalam peta kami mengambil satu keputusan iaitu mengikut bearing 230˚ yang mana dipercayai membawa kami ke tepi pantai destinasi yang ditujui.
Setelah penat berbincang dan makan malam masing-masing masuk tido dalam kepompong, walaubagaimanapun tetap ada gangguan sekor dua sang nyamuk.
16.08.09 keesokan pagi jam 9am, keputusan meneruskan perjalanan dari Bukit Gondol ke pantai dimulakan dengan bacaan doa dari ustaz hafizan. Amin...
Pemandangan indah Dari Puncak Bukit Gondol
Setelah lebih sejam perjalanan kami terserempak dengan Ranjer hutan Tmn Negara Bako. Sambil itu team member mengambil kesempatan menyegarkan diri di sungai berhampiran dan mengisi bekalan air masing-masing. Sambil itu En. Doni berbincang sesuatu bersama Ranjer terbabit dan akhirnya kami mendapat tahu bahawa kami telah tersasar jauh dari lokasi yang hendak ditujui.
Setelah mendengar nasihat dari pihak Renjer kami mengambil keputusan untuk menukar haluan ke Teluk Tajor tetapi lokasi tersebut juga tidak lah terlalu jauh dari Pulau Lakei. Memandangkan hampir semua team member bekerja pada keesokan harinya dan masa yang diperlukan untuk ke pulau lakei adalah sehari suntok maka ke Teluk Tajor lah lokasi baru kami. Ok jugak la, at least nampak jugak pulau tu...
Disepanjang perjalanan team member dihidangkan dengan kentut yang bermacam-macam variasi dan tune akibat telur padi yang dimakan pada malam sebelumnya. Memang hampeh betul diorang nie...No manners... Pada jam 12 kami berhenti rehat untuk makan tengahari dan meneruskan perjalanan ke Teluk Tajor dan tiba disana pada jam 1:00 ptg.
Setibanya kami di pantai, Bot yang dijangka untuk menjemput kami sudah sedia menunggu. Kami berehat sekejap dan mengurus diri sehingga jam 2ptg. Kami berangkat pulang ke Taman Negara Bako HQ dan tiba pada jam 2.30ptg. Setibanya kami di Kpg Bako 2 org team member pergi mengambil kereta di KLCC.
Kami berangkat balik ke Kuching dan singgah di RnR Restoran di jalan Astana untuk mengisi perut yang dah mula menyanyi. Setelah itu team member masing-masing balik ke destinasi masing-masing. Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga dan syabas kepada team member kerana bersama menjayakan XPDC ini biarpun tidak kesampaian tapi matlamat yang penting telah tercapai. Diharap kita berjumpa lagi di XPDC yang akan datang, maybe di bulan Ramadhan. Satu Belia Satu Malaysia..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan... Chiow...
suscotty/kalk/2009