Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Monday

Kursus Pemantapan Badan Sukan Negeri Sarawak

25-27 Februari 2001

Satu kursus yang melibatkan badan sukan di negeri Sarawak yang telah berdaftar dgn ROS, kini dibawah naungan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Kursus yang berlangsung selama 3 hari itu melibatkan semua Setiausaha kelab dan persatuan sukan peringkat Kuching. Ia berkenaan dangan cara mendaftar semula kepada PPSM, Akta Badan Sukan dan juga Perlembagaan baru dalam badan sukan tersebut. Kursus telah dihadiri oleh lebih 50 buah kelab dan persatuan di bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman.
KaLK telah diwakili oleh Setiausaha iaitu Cik Sunarthi Fitri Hj. Pandi
Sebahagian daripada setiausaha kelab dan persatuan di seluruh Kuching.

Gambar kenangan beramai-ramai di penghujung program tersebut.



Tuesday

Pendakian KaLK ke Gunung Gading, Lundu

12-13.02.2011
Team KaLK telah pergi mendaki Gunung Gading , bertempat di Lundu. Seramai 10 orang ahli KaLK termasuk dua org pegawai belia dan sukan dari JBS Sarawak turut menyertai pendakian tersebut. Bertolak dari kuching pada 12hb jam 9 malam, team KaLK berkhemah di pantai Pandan Lundu. Kira-kira jam 9.30 pagi pula team bertolak ke Taman Negara Gunung Gading. Pendakian bermula tepat jam 10 pagi.

Berkhemah di pantai Pandan, KaLK Style...gantung hammock di pokok yang rendah. Sebelum tidor kitorang makan dulu...
Antara team KaLK yang menyertai pendakian tersebut.

Pendakian bermula dan memakan masa lebih kurang 3 jam.

Berehat sebentar di air terjun No.7

Bergambar kenangan di puncak Gunung Gading.
Terima kasih diucapkan kepada team KaLK yang menyertai pendakian ini. Diharap kita akan mendaki bersama lagi dimasa yang akan datang.
Salam 73

February Birthday Wish

Happy Birthday kepada 2 org KaLK team member. Semoga panjang umur, murah rezeki, kawen cepat gik kak Hai and semoga berjaya & study hard Cumie...
May Allah Blest you two...
Hailah Bt Belon - 08.02.1979
Sulastri Fitri Hj. Affendi - 17.02.1992


XPDC Santubong ke Gng Susu

29 januari - 6 februari 2011

Bermulanya perjuangan 4 orang team member KaLK ke gunung Susu dari puncak putri santubong merentasi rabung Gunung Santubong selama 9 hari 9 malam. Perjalanan yang belum pernah di lalui oleh sesiapa sahaja melainkan para pahlawan zaman perang dahulu kala. Perjalanan yang disertai hujan dan ribut telah dirempuh oleh En. Doni (pengerusi KaLK), Puan Azlina, En Fadzal dan Kop.(B) Shailie Ali. Syabas dan Tahniah diucapakan kepada mereka.
Dari kiri - Shailie, Azlina, Doni & Fadzal
Perkhemahan ala KaLK.


Antara cabaran dan rintangan yang dilalui mereka. Perjalanan melalui rabung Santubong amat mencabar dan berbahaya.

Perjalanan yang mencabar kerana perlu melalui 9 puncak gunung yang tinggi dan licin. Kaedah abseil dan climbing amat diperlukan disini dan juga kelengkapan yang lengkap seperti tali, harnes, carabiner, figure of 8 dan lain-lain.

Ini adalah antara halangan yang perlu dilalui.

Syabas dan tahniah sekali lagi kepada 4 team member yang menjayakan XPDC Santubong - Susu.
Salam 73